Hari ini saya telah membuat lawatan tinjauan ke Akademi Badminton Malaysia ABM bagi melihat sendir…
Hari ini saya telah membuat lawatan tinjauan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi melihat sendiri fasiliti-fasiliti yang akan digunakan oleh atlet badminton dalam program Road to Tokyo (RTT) sebagai pusat latihan berpusat.
Alhamdulilah, saya telah berpeluang untuk meninjau dewan yang akan digunakan untuk latihan, bangunan asrama dan kemudahan sampingan yang lain. Saya sangat berpuas hati dengan langkah-langkah proaktif yang telah diambil oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memastikan fasiliti ABM bersiap sedia untuk menerima atlet kita bagi memulakan latihan sebaik sahaja ia diberikan kebenaran nanti.
Saya difahamkan juga bahawa semua pelatih pelapis Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telahpun dipindahkan ke ABM untuk program latihan yang lebih fokus dan berkualiti bersama-sama pemain senior dengan kelebihan jurulatih BAM.
Tahniah diucapkan kepada Presiden BAM Dato’ Sri Norza dan pasukan BAM yang mengalas tanggungjawab besar ini untuk memastikan dan membuktikan keupayaan sistem latihan elit di Malaysia dan juga sistem pendidikan yang terbaik mampu diberikan secara bersepadu kepada atlet elit kebangsaan kita.
Saya juga berbangga kerana BAM telah membuka peluang untuk pemain independent yang telahpun meninggalkan BAM pada suatu ketika itu untuk kembali berlatih beberapa hari seminggu bersama-sama dengan pemain BAM dengan syarat-syarat tertentu (ranking dunia yang baik dan peluang cerah kelayakan ke Olimpik). #kbsmalaysia
#badminton
#olympictokyo2020